Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) diketuai Presidennya, Harun Salim Bachik bersama barisan Exco mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Pengarah dan pihak pengurusan FINAS. Ia merupakan kunjungan pertama SENIMAN sejak dilantik pada Mesyuarat Agung Tahunan SENIMAN pada 18 Disember lalu. Sesi kunjung hormat diadakan di Bilik Cempaka Sari,FINAS.
Hadir sama semasa sesi tersebut ialah pelakon Shahriza Mahmud (Timbalan Presiden), Setiausaha, Yusof Kelana dan beberapa Exco seeperti Zed Zaidi, Serina Redzuawan, Jehan Miskin, Rena Tan, Saddiq Raffali, Linda Buang, Faizal Hussein, Abbas Abu Bakar dan Norshah Thamby.
Hadir sama semasa sesi tersebut ialah pelakon Shahriza Mahmud (Timbalan Presiden), Setiausaha, Yusof Kelana dan beberapa Exco seeperti Zed Zaidi, Serina Redzuawan, Jehan Miskin, Rena Tan, Saddiq Raffali, Linda Buang, Faizal Hussein, Abbas Abu Bakar dan Norshah Thamby.
SENIMAN turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Pengarah yang terkandung isu dan cadangan berkaitan industri perfileman. Antaranya perlaksanaan Padu Citra, penerbitan dokumentari, program kerjasama FINAS-SENIMAN, penglibatan dalam skim latihan dan penguatkuasaan. Pada pertemuan tersebut, SENIMAN menjelaskan halatuju dan hasrat untuk menubuhkan Koperasi SENIMAN dan cadangan pengisian Hari Seniman.
"Kami (SENIMAN) akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada FINAS dalam bersama-sama memajukan industri perfileman. Hasrat SENIMAN adalah untuk menjadikan ia sebagai sebuah persatuan yang ekslusif serta dapat mewujudkan kalangan ahli yang berkualiti dan berilmu", jelas Presiden SENIMAN.
Sementara itu, Ketua Pengarah, Mohd Mahyidin Mustakim mengalu-alukan sebarang usaha Persatuan dalam mempertingkatkan ilmu dan kemahiran penggiat industri. Beliau turut menerangkan perancangan aktiviti FINAS bagi tahun 2010 dan strategi Dasar Perfileman Negara (DFN).
FINAS diwakili juga oleh Timbalan Ketua Pengarah, Tn Hj.Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Pengarah Pengurusan, Abd. Khalid Maulod, Nurhayati Othman (Pengarah Promosi dan Pemasaran), N.Balaraman (Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan), Pengarah Modal, Maimunah Hamzah dan Pen. Pengarah Komunikasi Korporat, Mohd Fazli Abdul Aziz.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan berkomentar di blog kami...